Pages

Saturday, April 5, 2014

KIW Ke ATV Adventure Park KL


Hola korang.. Sori sgt sbb lama dah xde hapdet baru.. Xde benda menarik nak dikongsikan pon.. Life mcm biasa, sebok ngan kerja opis jek.. *mengadu konon.. Hahaha.. Wokeh, nih nak stori pasal aktiviti yg aku ngan wife join pagi tadi.. So sementara idea masih fresh nih, meh sini korang sila baca.. Hahaha..

Aktiviti dinamakan sbg The Fun & Adventure ATV Bike with KIW HQ. Amenda lak KIW HQ tuh? Ekcelly ia adalah Kelab Indah Water Headquarters dan ini merupakan acara sulung bagi Biro Rekreasi Kelab bagi lantikan terbaru 2014. Kelab sponsor besar dalam aktiviti ini.. Semua ahli kelab yg join event nih hanya perlu membayar RM30 sahaja dan selebih nyer kelab tanggung termasok lah baju event, goodie bag yg penuh makanan, air dan tidbids yg byk... Best kan? Untong woo sbb aktiviti ini hanya limited untuk 30 orang sahaja. Untuk maklumat staff IWK HQ yg xjoin, kami ride ATV nih ikot pakej RM100 per ride..

Terdapat beberapa pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan ATV Adventure Park Kampung Kemensah, Ulu Kelang nih.. Dari serendah RM50.00 per ride (Basic Package) sehinggalah ke RM300.00 per ride. Ofcoz la kalu ride yg RM300 tuh sungguh best, mencabar dan paling jauh merentasi Bukit Tabur, Dam, Sungai Liza, Dataran Mas dan Bagan Lalang.. Fuhh!!

Wednesday, March 19, 2014

Jalan-Jalan Ke Tugu Negara

Pada 19 Februari 2014 (pergh.. citer lama kot.. hahaha..) yang lalu, aku dan wife g la jenjalan kat Tugu Negara sebab nak survey tempat untuk bawak kengkawan Kenarianz datang sini.. Kira yang paling penting nak survey port parking andaikata banyak kereta yang nak follow.. For your information (erkk!!), ini sbenar nyer kali pertama aku menjejakkan kaki kat sini.. 

So meh la korang tengok2 gambar2 yang aku sempat amek pakai kamera henpon jek. Bagi menambahkan informasi untuk korang, sila la baca hasil copy-paste direct dari wikipedia tentang Tugu Negara. Terima kasih kat incik Wikipedia :)

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Wednesday, February 12, 2014

Char Kuey Teow Sunny Titiwangsa


Wokeh.. Aku make this simple & sweet.. Hehe.. Sabtu lepas, geng Kenarianz bergerak ke port makan char kuey teow dekat Taman Tasik Titiwangsa. Untuk orang yang selalu datang tasik, konpem tros tahu katne kedai femes ni kan? :D

Yurpp!! Nama kedai ialah Sunny Char Kuey Teow.. Lokasi plak memang dekat dengan Istana Budaya.. Kalu korang dari jalan besar, masuk simpang kiri ke tasik kan? So IB berada disbelah kanan kan? Ok gud!! Teruskan perjalanan sehingga korang nampak kedai char kuey teow neh.. Signboard dia besaq.. Konpem korang leh nampak.. Kedai nih juga terletak bersebelahan dengan Satay Station (sate daging dia siyes sedap & lembut.. **sempat tapau sbelom balik.. Hehehe..) yang berada btol2 simpang ke kanan untuk ke dewan badminton / tenis / volleyball Titiwangsa..

Sunday, January 19, 2014

Jalan2 Cari Ikan Segar

Hello semua.. Minggu lepas nyer story nih baru nak up kat korang skang.. Hehehehe... Al kisah dihujung minggu lepas, aku ingat nak lepak dok umah jek tp last2 mertua ajak gi jenjalan ke Tanjung Karang nak cari ikan segar.. Sbg menantu yg baik, maka harus lah membawa mereka ke mana sahaja yg diperlukan.. Sweet kan saya? *muntah

So aktiviti petang ahad diteruskan dengan menyusur highway Latar dan melalui Kuala Selangor sebelum tiba di Tanjung Karang.. Jap! Nak bagitau neh.. Dalam perjalanan, singgah sat kat kedai Cendol Bakar yg pemes tuh sbb bini mengidam nak minum cendol.. Tp nak drive thru jek sbb takut lambat sampai kang.. So masa tgh beratur tuh, ternampak lah aku kelibat gerai jual air coconut shake.. Chewahhh... Maka harus laa den torai skali.. Kansel minom cendol.. Rupa2 nyer sedap btol eh coconut shake nih.. Siyes aku baru first time minom kot.. So agak eksaited plak.. Hahaha..



Saturday, January 18, 2014

Semua Tentang Stance (Gambar Sahaja)

Hello.. Tengah buat spring cleaning kat laptop nih, tetiba jumpa folder gambar keta2 lowerd pada tahun lepas.. Aisehh.. Buleh lupa plak nama event tuh.. Chaittt.. Tapi dilangsungkan kat Taman Layang2, Kepong. Since aku mmg minat kat konsep Stance nih, jadi marilah kita tatap gambar2 yg sempat aku snap untuk santai mata korang yerr.. Ini nama nyer hobi Big Boys Toys. Aku mmg salut kat dorang nih sbb bkn senang nak manage konsep2 stance nih.. Rim yg aku paling minat adalah pada keta Myvi kaler mint neh.. Walaupun ia adalah custom rim besi, tapi harga nyer mmg kene fikir banyak kali untuk hobi kereta ini.. Salute!!

Shepherd Pie Encik Usop


Salam semua.. Apa khabar? Mcm maner life korang? Ada best x? (Ayat nak bagi entry blog panjang.. Hahaha..) Minggu lepas agak bz dgn urusan donia, xsempat nak hapdet blog aku nih.. Hehehe.. So pada minggu nih aku nak share plak tentang bisnes makanan kawan opismate ku si Usop yang menjual sejenis makanan yg bernama Shepherd Pie.. Menarik kan?

Adapun Usop memang seorang yg minat berniaga. Sepengetahuan aku, beliau ada juga mengusahakan sawah padi dikampung halaman.. Dasat neh.. Okeh.. Berbalik kepada tajuk asal, encik Usop kini memasarkan Shepherd Pie disekitar opis dan opis bini nyer. Menurut beliau juga, tempahan dari sekitar Lembah Klang juga turut diterima.. Kasi roger beliau dgn bilangan tempahan tertentu, tiada caj penghantaran dikenakan. Bagus kan? Hehehe..

Saturday, January 4, 2014

Si Manis Qasrina & Wawa

Holla semua.. Semoga permulaan tahun baru korang berjalan dengan baik. Apa yang pasti, mesti korang da set macam2 azam dan semangat tahun baru kan? Sama juga la mcm aku, impian tuh mesti ada kan.. Cuma nak laksanakan tuh mmg mcm ada dinding yang menghalang.. Alasan.. Hahaha.. Ekcelly xde story baru nak share, cuma tgh lepak2 tadik teringat nak tunjukkat korang gambar anak buah aku yg comel.. Hehe.

Nama nyer Qasrina si kakak dan Wawa si adik.. Beza umur setahun jek dorang nih.. Gambar yg aku up nih masa umur dorang 4 & 3 tahun kot.. Time tuh pinjam DSLR adik jap, berbekalkan seni kreatif dan bakat shooting yg hebat (poyo), dapat la amek beberapa gambar dorang nih.. Hehe.. Comel kan dorang? 

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Datang 2014 ;D


Salam sejahtera buat semua. Sedang saya menaip entri ini, mcm ada satu semangat yang lain macam plak rase nyer. Hehe.. Mana x nyer, ini merupakan entri terawal untuk tahun 2014. Lebih menarik juga adalah ini adalah entri pertama bersempena domain terbaru saya iaitu http://fadlitahir.my.. Simple jek kan? Nak lagi mudah, korang just taip jek fadlitahir.my kat web address atas tuh, kuar lah blog hamba pacar yg hina ini.. Hehehe..

Oh yaa.. Sambil menaip entry nih, saya tgh layan tv gak dengar konsert diambang sambutan tahun baru.. So feeling2 tuh mmg ada la kan.. Semangat katanya nak jejak kaki ke tahun baru 2014.. Yess.. Lupakan kegagalan 2013 dan terus menyinar di 2014.. Positif dan bangkit untuk berubah menjadi lebih baik untuk persekitaran. Dasat!! Yer laa.. Xkan nak letak resolusi tahun baru iaitu 1080x768 plak kan? *lawak bajet geeks.. hahaha..