Pages

Saturday, April 5, 2014

KIW Ke ATV Adventure Park KL


Hola korang.. Sori sgt sbb lama dah xde hapdet baru.. Xde benda menarik nak dikongsikan pon.. Life mcm biasa, sebok ngan kerja opis jek.. *mengadu konon.. Hahaha.. Wokeh, nih nak stori pasal aktiviti yg aku ngan wife join pagi tadi.. So sementara idea masih fresh nih, meh sini korang sila baca.. Hahaha..

Aktiviti dinamakan sbg The Fun & Adventure ATV Bike with KIW HQ. Amenda lak KIW HQ tuh? Ekcelly ia adalah Kelab Indah Water Headquarters dan ini merupakan acara sulung bagi Biro Rekreasi Kelab bagi lantikan terbaru 2014. Kelab sponsor besar dalam aktiviti ini.. Semua ahli kelab yg join event nih hanya perlu membayar RM30 sahaja dan selebih nyer kelab tanggung termasok lah baju event, goodie bag yg penuh makanan, air dan tidbids yg byk... Best kan? Untong woo sbb aktiviti ini hanya limited untuk 30 orang sahaja. Untuk maklumat staff IWK HQ yg xjoin, kami ride ATV nih ikot pakej RM100 per ride..

Terdapat beberapa pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan ATV Adventure Park Kampung Kemensah, Ulu Kelang nih.. Dari serendah RM50.00 per ride (Basic Package) sehinggalah ke RM300.00 per ride. Ofcoz la kalu ride yg RM300 tuh sungguh best, mencabar dan paling jauh merentasi Bukit Tabur, Dam, Sungai Liza, Dataran Mas dan Bagan Lalang.. Fuhh!!


Berbalik kepada ride kami, dengan pakej RM100, kami bermula dengan sesi penerangan dari encik Trainer. Beliau menerangkan tentang cara mengemudi ATV nih dari cara start moto neh, tukar gear sehingga lah bab2 keselamatan.. Untuk maklumat korang, cara menggerakkan ATV nih bukan la pki throttle mcm motor yg biasa korang bawak tuh.. Tapi menggunakan tuil kecil dibawah handle kanan. Sori terlupa nak amek gambar dia.. Cuma dapat maklumkan, korang just tolak tuil itu menggunakan ibu jari kanan dan bergerak lah ATV korang. Brek masih lagi ada dikiri dan kanan handle ATV berkenaan. Dari keselamatan membawa ATV nih mmg ada dan bagus skali. Nak start kene tarik brek blakang, nak tukar gear ke hadapan dan gear undur harus tarik brek blakang gak. 

Selepas sesi penerangan, kami dibahagi kepada 2 kumpulan. CEO IWK yg turun join aktiviti ini berada dalam kumpulan 1. Aku dan wife dlm kumpulan 2.. Sebelum memulakan ride, kami dikehendaki membawa ATV satu pusing kecil dahulu mengelilingi dewan agar peserta dapat belajar cara kawal ATV naik turun bukit kecil.. Da setel, kumpulan 1 g ride dulu.. bagi memastikan perjalanan ATV lancar, kumpulan 1 dan 2 dipecahkan lagi kepada kumpulan kecil dimana 1 instructor akan mengetuai ride naik bukit dan diikuti 5 peserta yang lain.. Setiap peserta bawak ATV masing2.. Ofkos kene pki helmet gak untuk keselamatan.


Permulanaan ride sahaja perlu memanjat bukit. Kebetulan tanah yg agak lembab dan basah, maka perjalanan kami tuh menjadi lebih menarik dan mengujakan. Track yang kami lalui tuh saiz nyer memang lebih kurang lebar ATV jek.. So xde istilah main kejar2 n potong memotong.. Hehehe.. Naik bukit, turun bukit, tunduk elak terhantuk pokok buluh, lalu jambatan batang pokok dan cenuram licin sehinggalah sampai ke point air terjun. Disepanjang perjalanan, incik instructor tuh akan berhenti di spot2 tertentu bagi memastikan ahli kumpulan kecil cukup 5 orang dan xde yg tertinggal dibelakang.

Setibanya kami semua di spot air terjun kecil, semua ATV akan disusun dan berehat. Ingat manusia jek ker nak berehat? Haha.. Kami dibenarkan untuk turun ke bawah untuk melihat air terjun dengan lebih dekat dan nak mandi air terjun pon boleh. Tapi pepaham laa, xkan nak mandi plak kan? Hew hew hew.. Selepas 15 minit berehat, kami berpatah balik semula ke Base melalui track yang sama tadik. Oooo.. Masa naik tadik agak cuak gak sbb first time nak ride ATV kan? So time balik nih leh laa eksen sket bawak lebih laju pastu layan laluan sempit dan berlecah. Hehe..


Perjalanan lebih kurang sejam lebih tuh akhirnya tamat apabila kami semua selamat kembali ke Base. Memang satu pengalaman yg baru dan pasti nyer menarik.. Lepas parking ATV, kami menjamu santapan tengah hari yg disediakan oleh kelab. Best gak makan lunch nasi ayam sedap dan air spesel Lai Chee Kang.. Best kan? Sgt best ok.. Menjelang 1.30 petang semua pon bergerak pulang ke destinasi masing2.. Tahniah kepada pihak penganjur kelab dan pengurusan ATV Adventure Park bagi menjayakan aktiviti kami ini satu pengalaman yg hebat. Macam2 gelagat peserta yg dapat dilihat seperti bawak ATV terlajak, terlaju, terbrek kuat, cuak, hepi faces, eksaited akan menjadi kenangan kami.  Staff2 ATV semua mesra alam termasok la incik pelakon blom femes yg menjadi instructor turut menarik perhatian gegadis.. Chaitt.. Hahaha..


Untuk maklumat lanjut tentang ATV Packages dan sebagai nyer, sila la layari http://www.atvadventurepark.com. Pastikan ada memiliki pengalaman naik ATV hokey :D

Meh tgk gegambar :D























1 comment: