Pages

Friday, May 15, 2015

Jika Lumba Haram Berlaku Ketika Anda Memandu


APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN UTK KESELAMATAN DIRI KITA JIKA MEMANDU KETIKA ADA LUMBA HARAM DI JALANRAYA?

Tips ini mungkin bermanafaat utk kita jika ada lumba haram kereta/motosikal ketika kita sedang memandu!!!

1) PALING PENTING!!! JANGAN SESEKALI MENUKAR LORONG KENDERAAN ANDA. 
Jangan panik. Kekalkan lorong kenderaan anda. Pelumba2 ini akan memotong kenderaan anda walau di mana lorong pun kenderaan anda berada. Tindakan menukar lorong secara tiba-tiba akan menyebabkan diri anda dalam situasi bahaya, kemungkinan besar akan berlaku kemalangan jika kenderaan anda digesel atau dilanggar dari belakang.

2) ELAKKAN KENDERAAN ANDA BERADA SELARI DENGAN KENDERAAN DI SEBELAH KANAN ATAU KIRI. 
Kerana pelumba2 ini akan memotong secara zig zag di antara ruang kosong. Apa yg perlu kita lakukan adalah bagi ruang utk mereka memotong. Lajukan atau perlahankan kenderaan anda, supaya ada ruang untuk mereka mencelah di antara kenderaan kiri kanan anda, selebihnya itu tugas mereka. Tetapi jangan sesekali membrek untuk memperlahankan kenderaan, cuma sahaja angkat atau tekan sedikit 'paddle' minyak. Lampu brek begitu cepat sekali tindakbalas reflek drpd pelumba2 haram ini, jika tindakbalas mereka lambat, pasti kenderaan anda akan dilanggar.

3) TURUNKAN SUNSCREEN JIKA ADA DICERMIN BELAKANG. 
Mereka ini sedang berlumba, dan mengambil keputusan untuk memotong di sebelah kanan atau kiri bergantung kepada 2 atau 3 kereta di depan kenderaan anda. Untuk tindakbalas ini mereka perlu pantas untuk membuat keputusan. Dengan menurunkan 'sunscreen', mereka dapat melihat kenderaan di depan anda melalui cermin kereta anda dengan cara ini mereka dapat membuat keputusan untuk memotong di sebelah kiri atau kanan. Cara ini juga dapat mengurangkan risiko untuk kita terlibat sama di dalam kemalangan. Biarlah mereka beredar cepat dari sekeliling kita.

4) KEKALKAN KELAJUAN KENDERAAN ANDA. 
Walaupun anda memandu laju. Pelumba2 ini lebih laju lagi. Jangan panik teruskan memandu. Jangan membrek secara tiba-tiba. Mereka ini tetap akan cuba memotong kenderaan anda meskipun ada yg akan menggunakan lorong 'emegency' sekalipun.

Mereka ini tidak fikirkan keselamatan diri mereka atau orang lain ketika mereka berlumba, tetapi kita yang masih waras perlu mengambil sedikit tindakan bijak untuk mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini.

SEMOGA BERMANAFAAT. Silakan SHARE kepada yang baru atau yang masih kurang lagi pengalaman memandu di jalanraya pada waktu malam di KL, Berhati hati di jalan raya...

P/S: Entri nih memang sebijik aku copy paste dari chain message dari Whatsapp. Tidak dinafikan idea yang dinukilkan memang sgt berasas, jadi ia memang bagus untuk korang praktikkan. Credit untuk penulis asal. Thumbs up!!

Sunday, April 19, 2015

Cara Buat Ringtone Untuk iPhone


Hola!! Kebanyakkan pengguna iphone yang terbaru akan terkejut kerana mereka xboleh buat ringtone guna mp3 semudahnya. Ini kerana user ifon kene convert dulu file lagu tersebut ke format .m4r terlebih dahulu dan masukkan secara manual ke dalam iTunes seterusnya Sync ke dalam ifon.

Jadi disini, aku ingin menge-share-kan (amek ko bahasa.. haha..) software simple yang aku pakai untuk buat ringtone utk ifon aku. Caranya sila download software iRinger dari website www.iringer.net

Saturday, April 18, 2015

Cara Masukkan Lagu MP3 Ke Dalam iTunes

Salam anda.. Harini aku rase mcm nak kekonon terer pasal nak config iTunes sikit untuk newbies iPhone user. Harap2 ia dapat membantu anda.

Bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu:-

1. Sebuah folder yang mengandungi lagu2 mp3 kesukaan anda.
2. Masokkan lagu2 pilihan ke dalam sebuah folder khas lagu2 versi mp3 untuk dimasukkan ke dalam iTunes.
3. iTunes versi 12.1.1.4 (versi latest lagi bagus, kalu versi lama pon boleh gak kot).

Setelah bahan-bahan tersebut disediakan, sila buka iTunes anda untuk step yang selanjutnya.

Thursday, April 16, 2015

YouTube: Mojo - Dahsyat (Official Lyric)



Oleh karne aku feeling gila lagu nih, so aku nak share lagu nih kat blog.. Lirik & mesej nyer memang sampai menusuk hati.. Dan bagi menjadikan aku lebih suwit, aku tujukan lagu nih untuk bini aku yg terchenta.. Amek bait bait yg jiwang jiwang itew yer sayang.. Chewahhh.. :D  

Untuk versi video MTV official dorang, sila ketik (amek ko) ke link berikut https://youtu.be/zV0facLoRJA 

More songs to be share nanti, karne sumer nyer lagu yang aku suka.. Harap korang pon suka..

P/S: Lately aku mmg prefer lagu bahasa berbanding lagu inggeris.. Ada gak dua tiga lagu inggeris yang aku suka, tapi im more to malay song (eh!! apsal spiking plak neh? hahaha..)

Thursday, April 9, 2015

Saya Kembali!!!!!

Hola semua..

Saya kembali!!!!.. Gitew!!! Atas rasa rindu berblog dan ingin sharing aku nyer personal opinion dan happiness, so aku ingin kembali setelah puas berehat selepas setahun.. *nampak x semua inti masok dalam satu ayat jek.. Hehehe..

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ini entri yang ringkas dan ingin memaklumkan bahawa blog ini sedang dalam proses untuk berwajah baru (acah acah nafas baru) agar nampak lebih segar.. So kalu korang nampak mcm tunggang langgang jek tuh, sila la faham2 jek yer.. Hihihi..

Untuk makluman juga, entri blog mungkin tidak sekerap sebelum nih kerana masa yang sgt terhad. Ini karne aku da dapat transfer kerja ke section yang baru.. Agak bz sket.. Siang keluar site (*mcm gempak, tapi biasa2 jek.. Believe me :P), malam pulak kene buat update kerja. Maka, jika sempat mencelah masa, InsyaAllah ada entri terbaru..

Peace yo!!