Pages

Saturday, April 18, 2015

Cara Masukkan Lagu MP3 Ke Dalam iTunes

Salam anda.. Harini aku rase mcm nak kekonon terer pasal nak config iTunes sikit untuk newbies iPhone user. Harap2 ia dapat membantu anda.

Bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu:-

1. Sebuah folder yang mengandungi lagu2 mp3 kesukaan anda.
2. Masokkan lagu2 pilihan ke dalam sebuah folder khas lagu2 versi mp3 untuk dimasukkan ke dalam iTunes.
3. iTunes versi 12.1.1.4 (versi latest lagi bagus, kalu versi lama pon boleh gak kot).

Setelah bahan-bahan tersebut disediakan, sila buka iTunes anda untuk step yang selanjutnya.

Sila sambungkan iPhone ke iTunes dan sila backup fon terlebih dahulu. Jika dilihat di ruang column belah kiri tuh, iTunes menunjukkan dua bahagian iaitu bahagian "Setting" atau digelar juga sebagai Library yang menunjukkan intipati iTunes. Bahagian kedua pula ialah "On My Devices" yang menunjukkan intipati ifon anda.


Sekarang pergi ke Library dan select Music. Disitu anda akan lihat bahawa Music anda masih kosong kerana tidak mempunyai sebarang lagu.


Ini pula Music dibahagian dalam ifon korang yang belum dimasukkan lagu. Kosong jek.. Hew hew..


Step seterusnya adalah sila pergi ke bucu atas belah kiri dan klik gambar mcm tingkap tuh. Option akan dipaparkan dan sila pilih "Show Menu Bar". Menu Bar ini agak penting bagi newbie untuk melihat option2 lain yang ditawarkan oleh iTunes.


Kini anda dapat lihat Menu Bar telah wujud dibawah toggle Play button.


Select kembali Music Library.


Klik File > Add Folder to Library..


Sila pilih lokasi folder lagu MP3 yang dikhaskan untuk iTunes dan tekan "Select Folder". 

**Folder ini amat penting kerana next time kalu ada lagu baru nak masok dalam iTunes, just masokkan mp3 ke dlm folder nih & tekan butan Sync di iTunes (xperlu nak ulang step2 yang disediakan nih).


Setelah selesai, anda akan dapat melihat bilangan lagu yang telah berada di Music Library. Kemudian sila tekan butang "Sync" yang terletak dibahagian bawah kanan.


Sila lihat dibahagian atas tengah. Lagu2 mp3 anda sedang di "Sync" kan ke dalam ifon anda.


Sila pergi ke bahagian Music di "On My Device" dan anda akan mendapati kesemua lagu anda telah berada dalam ifon. 

Di iPhone anda sekarang, pergi ke apps Music, kini anda boleh mendengar lagu2 kegemaran di ifon dimana mana sahaja. Ewahh.. Hehehe.. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment